Wednesday, June 25, 2014

Penangan ESP & Alfafa Complex

Kata orang, tak kenal maka tak cinta...
Dah kenal, pasti tak lupa..
Dari mata, turun ke hati...
Dari hati, confirm sukaaaa....

Memang betul-betul suka ....

Selama ni Ida selalu set dalam mind, minuman soya ni tak sedap, rasa macam air beras pun ada.Sebab tu masa pregnant tak minum soya walaupun orang kata kalau minum soya, anak kulit putih.
Tak kisah la anak tak putih pun , janji sihat ( ayat sedapkan hati walaupun sebenarnya memang nak anak kulit putih pun).

Tetapi bila Ida mencuba ESP, rasanya tidak seperti soya biasa.

SEDAP, terangkat beb..Lagi-lagi kalau campur dengan milo. Perghhhh..memang mabeles.

Yang best tu Ida perasan sejak amalkan ESP, kulit Ida dah tak kering lagi. Almaklumlah Ida ni jenis yang tak makan sayur dan malas sapu losyen. Sebab tu kulit kering sangat sampai boleh nampak keping-keping macam tanah yang dilanda kemarau. Tetapi sekarang TIDAK LAGI....

Yang lagi double triple best, ESP ni membantu rasa kenyang yang lama. Ambil satu shaker sejam sebelum breakfast, perut dah boleh tahan sampai tengahari. Makan tengahari pun sedikit sebab perut rasa penuh aje apabila diisi makanan. Satu cara untuk Ida kurangkan makan. Perut asyik kenyang..buat apa nak makan banyak-banyak. Nanti termuntah lak baru haru....

Bila mencuba ALFAFA COMPLEX yang Ida fikir untuk mengatasi resdung semata-mata, tetiba masalah lain pulak yang dapat diatasi. Alfafa Complex juga dapat membantu mengatasi keputihan dan sembelit yang Ida hadapi. Rupanya Alfafa Complex ini diibarat seperti maajun moden.
Wow hebatnya Alfafa Complex

Mengenali ESP &  ALFAFA COMPLEX membuatkan Ida sedar bahawa Shaklee tidak seperti suppliment lain yang ada kat pasaran. Satu produk Shaklee bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu masalah kesihatan sahaja tetapi apabila ia dah masuk ke dalam badan, mengalir melalui darah kita maka ia dapat merawat masalah kesihatan yang lain pulak. Tambahan pula Shaklee boleh diambil tak kira sesiapa, lelaki atau perempuan, tua atau muda.

Jimatnya Shaklee..SATU PRODUK boleh diguna untuk SEISI KELUARGA




Thursday, June 19, 2014

Mengenali SHAKLEE...

Ida mula-mula " BERKENALAN " dengan  produk Shaklee pada Januari 2013. Masa tu tengah berusaha mencari produk untuk memulihkan jerawat dan kulit kusam.Tak sanggup dengar ayat power yang keluar dari mulut ramai orang pasal muka Ida ni. Lagi-lagi la telinga ni dah tak larat nak mendengar soalan berkelas tinggi seperti  " apasal muka teruk sangat? ", " muka ko kena sumpah ke?", "dah tak reti nak jaga muka lagi ke?"...dan macam-macam lagi lah soalan yang keluar. Siap ada nak suruh Ida mandi bunga la untuk naikkan seri muka. Ada ke patut lagu tu. Sedih tau...

Oleh kerana dah tak tahan kena sindir dan confident level dah makin down, Ida cubalah google apa yang sesuai. Kali ini Ida tekad nak cari produk untuk dalaman. Dah tak percaya dengan apa-apa skincare lagi. Entah macam mana terpandang la satu post kat facebook pasal Shaklee.

Shaklee...? Pernah dengar ni sebab rasanya ada kawan Ida yang kurus selepas amik Shaklee.

Langkah seterusnya....
Ida cuba lah call nombor telefon yang ada kat situ. Nama distributor tu, Murni. Nak dapatkan free consultation dulu. Kalau agak-agak bajet mengizinkan, bolehlah ON. Sebab masa tu terpikir mestilah produk Shaklee ni mahal sebab Shaklee kan famous.
So, berciterlah kat Murni masalah kulit yang Ida alami. Rupa-rupanya masalah jerawat Ida kronik sebab Ida ada masalah resdung. Sebab resdung rupanya...
Maka bila dah tau punca masalah, kita carilah penyelesaiannya. Murni suggest kat Ida produk :
(1)  ESP Soy Protein Isolate Powder
(2) Alfafa Complex


Bila buat calculation, dua produk tu campur postage ..semua sekali dalam RM174 ( masa tu boleh dapat harga ahli walaupun tak jadi ahli ), so ON je la. Masih dalam bajet Ida. Kalau lebih dari RM200, hold dulu la. Tak mampu lagi walaupun hasrat nak cantik meluap-luap dalam diri. Kalau nak cantik, duit pun mesti cantik. Baru senang nak membeli.

Maka bermula dari hari tu, episod baru Ida bersama Shaklee pun bermula...

Ida menggunakan produk Shaklee dan dalam masa yang sama Ida menjadi ahli Shaklee. 

GUNA & JUAL PRODUK SHAKLEE....kelasss ko Ida
 

CANTIK & SIHAT BERSAMA SHAKLEE....